10 January 2012

Meow meow #Episode 8 .

# 3 bulan sudah berlalu ,

Keputusan SPM akan keluar , dan aku sangat gugup menanti saat itu . Semasa penyerahan keputusan SPM , aku ada terserempak dengan Saputra , dia kelihatan sangat berlainan . Mungkin kerana sudah lama aku tidak berjumpa dengannya . Aku bertegur sapa dengannya , kerana bila difikirkan semula , tak elok hubungan kami dibuat sebegitu kejam .

Zarith : Hai Putra . *(Sambil tersenyum )
Saputra : Hmm , hai .
Zarith : Eh , amacam result kau ? Okay ? Sure gempak kann ??
Saputra : Hmm , Alhamdulillah , okay je . Kau ?
Zarith : Aduii , result aku biasa jelah . Alahaii , ni pun atas belas ihsan kau dengan abang Hariz .
Saputra : Abang Hariz ? Oh , kau makin bahagia dengan dia lah lepas tak contact aku ?
Zarith : Apa pulak kau merepek ni Putra ? Hmm . Aku nak jumpa kau petang nanti . Datang rumah aku boleh ?
Saputra : Hmm , okay , Insyaallah .

Aku teringat dengan kata-kata Saputra . Adakah dia menyangka bahawa hubungan aku dan Hariz semakin erat ? Walhal aku tak berhubungan dengan mana-mana lelaki selepas dia . Bahkan aku menunggu dia untuk berjumpa dengan aku . "Wahai lelaki , apa susah sangat nak terangkan dekat kau yang aku sayang kau laaa bodoh !" Hati aku menjerit-jerit kerana tidak dapat mengungkapkannya .

Setelah sampai di rumah , Cicie juga baru pulang ke rumah , mungkin dia keluar berjalan-jalan tadi . Aku mendukungnya "Alahai cicie , kalaulah kau boleh tolong cakapkan dekat Putra tu yang aku sayang dia , kan elok" Cicie hanya memandang muka aku , tiba-tiba di rantainya ada segulung pucuk surat . Tiba-tiba abah menyergah aku . Lalu surat itu terus aku sembunyikan kedalam laci meja solek .

Abah : Haaa ! Anak abah macam mana result ?
Zarith : Hehehe , Alhamdulillah , nah tengok ni . Dapat 6 A je .
Abah : Haaa , macam ni lah anak abah . Walaupun tak 10 A , bukan tu je yang abah harapkan . Abah cuma nak anak abah jadi anak yang baik . Hah , agaknya ni , anak abah nak belajar dekat mana ?
Zarith : Abah , saya taknak belajar , boleh ? Lagipun , nak jaga mak dan abah . Abang-abang semua dah bekerja di luar . Kalau saya belajar jauh-jauh , tetap akan habiskan duit mak abah . Lagipun abang-abang saya tu semuanya dah ada kelulusan ijazah kan . Saya takda pun takpa , anak dara akhirnya dapur juga perginya .
Abah : Erm , kamu dah fikir elok-elok ke ? Abah taknak kamu malu tak sambung belajar , dan setakat hidup begini .
Zarith : Abah , cukuplah macam ni hidup saya . Saya rasa , sekarang , tiba masanya saya berbakti untuk keluarga . Tengok , dengan kucing kat rumah ni banyak . Bila abah kerja , siapa nak jaga ? Mak dah tak kuat .
Abah : Abah ingatkan kamu memang nak belajar sangat . Terima kasih anak abah . *(Sambil mencium dahi aku)
Zarith : Sama-sama abah . *(Aku memeluk erat dada abah yang bidang itu)

Keputusan aku sudah muktamad untuk tidak menyambung pelajaran aku . Dengan keadaan keluarga aku yang agak sederhana . Petang itu Saputra datang kerumah aku . Dia bertukar mood pada petang itu , agak berbeza dengan apa yang aku jumpa pagi tadi di sekolah .

Saputra : Hai sayang . So , nak study kat mana ? kita pergi belajar sama-sama ya ?
Zarith : Haa ? Study ? Taklah . Tak study . Duduk rumah , kerja . Hahaha .
Saputra : Haa ? Taknak study ? kenapa ?
Zarith : Adalah . Eh , kau study dekat mana ?
Saputra : Eh , pakwe kau belajar satu U dengan aku lah agaknya nanti .
Zarith : Pakwe ? Hmm , mana ada .
Saputra : Takde ? Dahlah , orang sekarang , tak kira bertudung ke tak , bersongkok ke tak , asalkan dapat menipu untuk kepentingan diri dia sendiri , termasuk kau . Dah , aku nak balik . Bye , Assalamualaikum .
Zarith : Haa ? Apa seh kau ni ? Hmm .

Aku tergamam dengan perbuatan Saputra petang itu . Apa yang dia perkatakan , tiada satu pun yang aku fahami . Jadi aku mengambil keputusan untuk menghubungi Hariz .

Zarith : Assalamualaikum abang ni adik ni .
Hariz : Waalaikumusalam , ya adik ? Dah lama tak contact , ada apa ni ?
Zarith : Adik nak jumpa abang nanti . Boleh ?
Hariz : Bila ?
Zarith : Malam ni , datang rumah adik .
Hariz : Okay . Nanti apa-apa hal , abang mesej adik okay ?
Zarith : Okay abang . Assalamualaikum .
Hariz : Waalaikumusalam .

Selepas menghubungi Hariz , aku terus SMS Saputra ,

"Saya perlu jumpa awak malam ini . Jangan ada alasan lain ."
-Zara-

"Okay , saya datang rumah awak malam ni ."
-Saputra-

Bersambung . . . .

Kisah sebelumnya ,

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

0 comments: