3 minggu kemudian #
Aku sudah pun habis peperiksaan , tetapi Saputra masih belum tamat menjawab peperiksaan . Kerana dia berada di kelas aliran sains . Sedangkan aku hanya ditempatkan di kelas aliran Ikhtisas . Setelah tamat menjawab peperiksaan , aku ada memberikan surat untuk Saputra .
"Assalamualaikum Putra ,
Awak , saya ikut keluarga Hariz ke Pulau Pinang , nanti kalau awak dah dapat handphone awak semula , awak telefon saya okay ? Saya RINDU awak ! Tapi , saya tak tahu kenapa boleh jadi macam ni . Hariz pun dah layan saya dengan elok sekarang lepas saya cakap saya berkawan baik aje dengan awak . Hmm , awak pasti ke dengan apa yang awak buat ni ? Saya tak tahu isi hati awak sebenarnya pada saya macam mana . Semua yang awak buat memberikan tanda soal yang besar .
Hariz melayan aku baik , semasa di Pulau Pinang , dia lebih menggelarkan dirinya Riz , padahal sebelum ini dia membahasakan dirinya "Abang" . Aku layankan aja , memandangkan itu perintah Saputra . Seminggu selepas itu , Hariz pulang ke Johor , kerana dia menduduki STPM , dan aku terus tinggal di Pulang Pinang , kerana ibu bapa nya masih di Pulang Pinang . Aku sememangnya rapat dengan keluarga Hariz , lagi-lagi dengan neneknya yang pernah berkata yang dia berkenan apabila aku berkawan baik dengan Hariz .
Saputra juga sudah habis peperiksaan SPM . Dia "missedcalled" aku pada malam selepas dia tamat pereriksaan . Aku terus memberi SMS kepadanya .
"Awak , dah habis exam ? Hmm , saya rindu awak . "
-Zaar-
"Sudah , saya dah habis exam . Hmm , awak jangan rindu saya . Awak rindu pada bakal pendamping hidup awak tu . Dia lebih berhak untuk awak ."
-Putra-
"Eh , apa yang awak mengarut ni ? Saya kat sini setiap hari ingat dekat awak tau !"
-Zaar-
"Zarith Najwa , saya memang sayang awak , tapi cinta ni tak sepatutnya untuk saya , tapi untuk dia"
-Putra-
Aku tidak membalas . Bagi aku masalah ini harus diselesaikan bila bicara empat mata . Bagi aku Saputra sudah termakan atas perbuatannya sendiri . Aku mengambil keputusan untuk pulang ke Johor sendirian . Ternyata rancangan yang Saputra langkahkan itu memberi kesan buruk kepada hubungan kami . Tetapi walau macam mana pun , aku semestinya harus mempertahankan cinta aku dan Saputra .
Setelah sampai di Johor , aku menghubungi Saputra , dia seperti biasa , melayan aku seperti tiada seperti sebelumnya , adakah dia sengaja berlakon sebagai seorang yang matang dan bersikap profesional ? Aku tidak mengendahkannya .
Saputra : Eh , kau ni , nak duduk lama lagi dekat Penang pun takpalah . Aku tak kesah . HAHA .
Zarith : Hahaha , yelatu . Eh , kau tak rindu aku ?
Saputra : Rindu tu rindulah , macam biasalah , rindu membe-membe gitu .
Zarith : Haaa , yelah , okay .
Rupanya Saputra ingin kami berkawan seperti biasa seperti sebelumnya . Aku pasrah dengan keadaan itu . Dan sekarang Saputra menganggap aku dan Hariz mempunyai hubungan yang istimewa . Walhal aku dah Hariz masih seperti abang dan adik . Cuma Hariz sedikit berubah . Hubungan aku dan Hariz sememangnya elok , tapi dah tak semesra dahulu . Aku jadi janggal . Dan hubungan aku sangat renggang . Dan Saputra juga jarang ke rumah aku .
Hari-hari selepas peperiksaan sememangnya kosong , dan bosan . Aku bekerja di kedai baju salah satu kios di Pusat membeli-belah . Pada suatu malam itu , kucing aku , Cicie hilang buat kali ke-3 untuk bulan pertama aku tamat waktu persekolahan . Sememangnya pelik . Apabila cicie pulang , dia dalam keadaan sihat , tetapi rantainya bertukar-tukar . Aku pelik , tetapi , malas nak mengambil tahu .
Dan , sejak aku bekerja , aku banyak mendiamkan diri dari Saputra dan Hariz . Aku malas mengambil tahu tentang mereka .
Bersambung . . .
Kisah sebelumnya . .
TERIMA KASIH DAUN KELADI
0 comments:
Post a Comment