27 December 2011

Meow meow #Episode 6 .

Lagi 3 minggu SPM akan tiba . Aku berusaha sehabis baik untuk menumpukan konsentrasi aku terhadap peperiksaan penting yang akan datang . Saputra setiap hari datang ke rumah aku untuk mengajar aku . Aku gembira pada hubungan aku dengan Saputra . Tapi aku gundah resah pada hubungan aku dengan Hariz . Dia semakin renggang dengan aku . Apabila terserempak disekolah , dia mengelak . Aku pernah juga memberi SMS pada dia .

"Assalamualaikum , abang , dah lama tak duduk lepak dengan kau bang . Rindu aku pada kau ='3"
-Zaar-

"Waalaikumussalam , abang bukannya apa dik , abang busy , STPM abang dah hampir"
-Hariz-


"Tahu lah , tapi nak study sama-sama pun dah tak sudi !"
-Zaar-

"Bukan tak sudi , aku taknak kacau orang tengah berbahagia . Dah la dik , aku nak pergi tuisyen ni . I MISS YOU adik"
-Hariz-

"I MISS YOU TOO ABANG!"
 -Zaar-

Menurut Izni , iaitu rakan karib Hariz , Hariz kini menjadi emosional apabila ditanya tentang aku . Pernah Izni betanya , kenapa tidak seiringan dengan aku lagi , Hariz menjadi naik marah . Malah rakan sekelasnya pun boleh disentak . Aku sudah makin tidak keruan sejak mendengar cerita itu . Aku berbincang dengan Saputra .

Zarith : Awak , awak tahu kan saya dengan Hariz semakin renggang ?
Saputra : Tahu sayang , tapi nak buat macam mana , dia yang lebih memilih untuk berenggang dengan awak . Saya ajak main futsal sama-sama pun dia taknak , ditolak mentah-mentah , katanya nak belajar untuk STPM , padahal STPM lebih jauh dari SPM . Kita ni rilek je .
Zarith : Hmm , dengan awak pun dia renggang ? Macam mana ni ? Saya taknak lah kita macam ni . Dulu saya rapat dengan dia . Dia banyak tolong saya . Takkan kita nak diamkan ?
Saputra : Tulah pasal , takkan nak diamkan , nanti sampi ke cucu-cicit kita dia tak ambik tahu .
Zarith : Haa , tahu pun awak Mat Salleh Celop !
Saputra : Hek eleh si jawa ni , nak celopkan kita pulak .

Gelak tawa kami mematikan keresahan tadi . Aku dan Saputra memilih untuk mendiamkan Hariz untuk sementara waktu , memandangkan dia yang memilih untuk mendiamkan diri dari kami . Tapi disebalik tidak amil endah , kami telah berancang untuk berbaik dengan Hariz .

Seminggu sebelum SPM ,

#Hariz dimasukkan ke hospital , dia telah dilanggar van semasa dia bermain Skateboard di sekitar rumahnya . Keadaannya tidak memudaratkan . Tulang pergelangan tangannya patah . Aku dan Saputra berancang untuk menjenguknya .

Zarith : Awak , abang Hariz punya tangan patah teruk ke ?
Saputra : Entah , tulah dia , sibuk patah hati , kan dan patah tangan . HAHA .
Zarith : Eh awak ni , saya tanya teruk ke tak , awak boleh cakap macam ni pulak .
Saputra : Tak teruk pun . Hmm , Saya dah siapkan rancangan untuk kita berbaik dengan Hariz ni sayang .
Zarith : Haa , rancangan apa ?

Bersambung . . .
Kisah sebelumnya . . 


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

0 comments: